GOSIP: Mek/Nik Sayyidah Ugut Madunya




 Mek atau Nik Sayyidah dikhabarkan telah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan. Ikuti berita penuh [DI SINI].

mek bermadu

TERBARU, keluar gosip mengatakan seorang wanita berusia 32 tahun membuat laporan polis mendakwa madunya seorang artis cuba mengugutnya.
Artis tersebut yang didakwa merupakan madu kedua melakukan ugutan berbentuk SMS yang dihantar kepada wanita yang tidak mahu dikenali itu.
Wanita itu juga turut membuat satu lagi laporan polis terhadap suaminya yang merupakan seorang kontraktor atas dakwaan mencederakannya dengan memijak dan menendang selepas berlaku satu pertengkaran antara mereka.

Laporan terhadap artis yang berasal dari pantai timur itu dibuat di Balai Polis Tawang, Bachok, Kelantan pada 11 Ogos lalu, manakala laporan polis untuk kes suaminya pula dibuat dua hari kemudian.
Wanita tersebut yang merupakan isteri pertama kepada suaminya mendakwa kehidupan mereka sebelum ini amat bahagia dengan seorang anak angkat perempuan, namun segalanya berubah apabila suaminya mengahwini artis tersebut.

Artis tersebut yang sememangnya berasal dari pantai timur itu juga terkenal dengan rancangan lawak komedi didalam rancangan televisyen dan dikatakan banyak menggunakan dialek daerah sana..
Beliau bertekad untuk bercerai dengan suaminya kerana kecewa dengan tindakan suami yang tidak menghargai pengorbanannya selama usia perkahwinan mereka yang mencecah 9 tahun.

@: Adakah artis yang dimaksudkan itu Mek @ Nik Sayyidah?



Responses

0 Respones to "GOSIP: Mek/Nik Sayyidah Ugut Madunya"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com