Giliran Ayu Raudhah Bertudung (Gambar)







Ayu Raudhah Berhijab. ALHAMDULILLAH, langit Ramadan sentiasa memberikan rahmat serta berkat buat muslimin dan muslimat.
Dalam enak melayari Ramadan yang terasa cepat benar berjalan, ramai yang tahu tentang berita penghijrahan beberapa artis tempatan.
Gambar Shila Amzah bertudung yang tersebar luas kini menjadi topik perbincangan di internet. Shila yang bermata bulat kelihatan cantik mengenakan tudung. Manis, pasti abang Sharnaaz makin sayang.
Diva dapat cerita juga yang Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang manis berlesung pipit dan bijak berbicara juga tampil bertudung dalam program Malaysia Hari Ini (MHI). Diva tak sempat tengok program itu.
Terbaharu, dengar cerita pelakon dan isteri Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah pun sudah mengenakan hijab. Teman Diva memberitahu yang Ayu minta dia sediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia kini berhijab. Syukurlah Ayu Raudah berhijab sudah kini
Semoga ramai lagi yang berhijab dan jalankan tanggungjawab sebagai muslimat dengan lemah lembut dan cara yang benar.
@: Adiknya Ayu Raudhah sudah berhijab. Akaknya Che tah (Rozita Che wan) bila lagi nak berhirah, usia makin bertambah tapi kain bajunya makin kurang


Responses

0 Respones to "Giliran Ayu Raudhah Bertudung (Gambar)"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com