GEMPAR!! Ikan Paus Di Kuala Penyu, Sabah (4 Gambar, Video)




Gempar Penemuan Ikan Paus Terdampar Di Kuala Penyu, Pantai Barat Sabah. Ikan paus bukanlah spesis yang biasa ditemui di perairan Malaysia. Ini adalah fenomena yang luar biasa apabila spesis yang semakin terancam ini ditemui. Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari Kota Kinabalu. Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.

Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai “hujung sungai” kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan. “Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu,” kata beliau.


Video Ikan Paus Di Sabah


Sumber:Here


Responses

0 Respones to "GEMPAR!! Ikan Paus Di Kuala Penyu, Sabah (4 Gambar, Video)"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com