GAMBAR Bukti Kristen Stewart Curang, Robert Pattison Kecewa




Robert Pattinson: Mengapa Dia Curang Pada Saya?
Kisah curang Kristen Stewart dengan kekasihnya Robert Pattison masih lagi hangat diperkatakan ramai khususnya bagi penggemar Twilight yang nyata amat menyukai gandingan mereka di dalam filem berkonsep thriller vampire itu.
Biarpun Kristen Stewart sudah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kecurangannya itu, namun ia nyata tidak berhasil untuk memulih semula keadaan apatah lagi hubungannya bersama Robert Pattinson.
Malah, aktor British itu dilaporkan sudah keluar dari rumah mereka selepas mendapat tahu tentang kecurangan buah hatinya itu bersama pengarah yang berstatus suami orang.
Memetik laporan majalah People, Robert Pattinson, 26, yang begitu marah dan kecewa dengan apa yang berlaku telah mengemaskan segala bagasinya dan berpindah daripada rumah yang dikongsinya selama ini bersama Kristin Stewart, 22. Dia juga tidak mahu berhubungan lagi dengan Kristen yang sudah menjadi kekasihnya itu selama 3 tahun.

Tidak faham mengapa dengan sifat segelintir manusia yang gemar curang, Robert Pattinson memberitahu, dia tidak pasti sampai bila dia mampu pulih daripada kekecewaanya itu.
Apapun, kisah kecurangan Kristin Stewart dengan pengarah Rupert Sanders yang mengarahkan filem terbaru lakonannya, Snow White and the Huntsman semakin didedahkan di dalam majalah tersebut.
Ianya termasuklah beberapa siri foto yang diambil pada 17 Julai lalu yang mengandungi gambar Kristin Stewart dan Rupert Sanders sedang bercumbuan di dalam kereta Mini Cooper milik aktres tersebut.

Kristin Stewart khabarnya telah meninggalkan seketika rumah 3 bilik yang didiaminya bersama Pattinson sejak 2011 untuk berjumpa dengan Sanders. Sewaktu pertemuan dengan Sanders itu berlakum dia telah mengenaka jersey L.A. Dodgers berwarna biru berserta topi milik Pattinson.
Selepas puas bertemu, Stewart kemudian menghantar pengarah yang tinggal tiga blok tidak jauh daripada rumahnya itu untuk pulang yang dikongsinya bersama isterinya yang juga model, Liberty Ross bersama 2 anak mereka. Stewart kemudian pulang semula ke rumahnya bersama Pattinson.
Sebaik saja majalah People muncul di newsstands, Stewart kemudian mengakui bahawa dia telah mencurangi Pattinson serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya mohon maaf kerana telah melakukan perkara yang memalukan ini serta melukakan mereka yang cukup rapat dengan saya serta mereka yang turut terlibat. Apa yang berlaku ini telah banyak menjejaskan apa yang cukup dan benar-benar penting dalam hidup saya iaitu seseorang yang sangat saya hormati serta cintai, Rob. Saya mencintai dia. Saya mencintai dia. Saya minta maaf sangat-sangat," katanya.
Sanders pula memberitahu People: "Saya sedih dengan kepedihan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga saya. Isteri saya yang cantik, anak-anaka saya dan semua yang saya ada di dunia ini. Saya benar-benar sayangkan mereka. Saya berdoa agar kami semua akan dapat melalui perkara ini bersama," katanya.
Sewaktu diwawancara majalah You tidak lama dulu, Liberty Ross ada menyebut tentang kesukaran yang terpaksa dia dan Sanders lalui selepas berpindah ke Los Angeles untuk memudahkan Sanders meluncurkan kerjayanya sebagai pengarah di Hollywood.

"Saya tidak pernah mahu mengatakan bahawa saya selalu membesarkan anak-anak saya secara bersendirian. Tapi, itulah yang selalu saya rasakan. Tapi, keadaan sudah berubah sekarang. Saya rasa gembira. Nampaknya kami sudah mampu melalui segala kesukaran tersebut.
Apapun, ipar Rupert, Leopold Ross mendedahkan, kecurangan yang dilakukan Kristen terhadap Rupert sudah pun berbulan-bulan lamanya.
"Kecurangan mereka itu jual tecetus pada pertengahan shooting Snow White and the Huntsman hampir berakhir hinggalah hinggalah membawa kepada pasca produksi pada minggu lalu," Leopold.
Kini, Robert Pattinson dikatakan mahu bertemu dengan Rupert Sanders untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di antara dia dengan Kristen Stewart kerana dia percaya Stewart tidak akan bercakap benar dengannya.


Responses

0 Respones to "GAMBAR Bukti Kristen Stewart Curang, Robert Pattison Kecewa"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com