6 Gambar Bayi Lelaki Dynas, Mohamed Haqaish Mohd Hafizy



Inilah Mohamed Haqaish Anak Teruna Dynas


Kini setelah cukup tempoh berpantang selama 44 hari, Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sudi untuk berkongsi wajah bayi lelaki yang telah dilahirkan seberat 3.2 kg pada 15 Jun 2012, tepat jam 3. 

Diatas foto anak lelaki pertama yang diberi nama Mohamed Haqaish bin Mohd Hafizy. Namun yang menarik mengenai kelahiran putera sulungnya itu adalah tarikh lahirnya kerana ia bersamaan dengan tarikh lahir bapanya, pelumba kereta Mohd Hafizy Hafiz yang juga jatuh pada 15 Jun.

Menurut Dynas; 

"Tinggal 3 hari lagi saya akan habis tempoh berpantang dan selepas itu saya boleh berkongsi dengan peminat gambar Qaish (Mohamed Haqaish). Walaupun dah lepas 44 hari saya masih akan menjaga segala petua kerana kalau nak ikutkan pantang yang betul adalah sampai 100 hari.
"Saya menghabiskan tempoh pantang di rumah sendiri dan dibantu oleh seorang pembantu. Lagipun Qaish semenjak dalam kandungan sampai dah dilahirkan senang untuk dijaga dan tidak banyak ragam,"ujar pelakon dan pengacara popular ini.
Ditanyakan mengenai keadaan fizikal selepas bersalin, Dynas begitu positif keranaberat badannya senang untuk turun.
"Kalau ramai yang perasan ketika saya mengandungkan Qaish saya sangat aktif dengan melakukan macam-macam aktiviti seni dan pelbagai aktiviti lain.
"Walaupun saya rasakan berat kandungan saya lain macam tetapi fizikal saya tidak mengembang seperti ketika saya mengandungkan Khyra Khalyssa. Kali ini lebih mudah untuk saya kuruskan badan dan ada yang ingat saya sudah kembali kurus,"ujarnya lagi.- Murai.com

Lagi 5 Gambar Anak Lelaki Dynas

.anak kedua dynas
anak kedua dynas
anak kedua dynas
anak kedua dynas
anak kedua dynas


Responses

0 Respones to "6 Gambar Bayi Lelaki Dynas, Mohamed Haqaish Mohd Hafizy"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com