GAMBAR 12 PERKAHWINAN SELEBRITI 2011/2012



Sepanjang tahun ini ramai artis yang melangsungkan perkahwinan terutama artis popular yang menjadi tumpuan peminat seperti Lisa dan Yusri, Scha dan  Awal, Irma dan Redza, Ella dan Azhar dan ramai lagi. Apa yang lebih mengembirakan ada diantara mereka bakal menimang cahaya mata seperti Irma yang kini mengandung dan Fasha Sandha.

Yang lain tu tengah berusaha lagi kot.Jum layan GAMBAR 12 PERKAHWINAN SELEBRITI 2011/2012
Raya Bermakna Buat Selebriti Yang Baru Kahwin!


Lebaran pasti akan menjadi lebih bermakna buat kita semua andai dapat meraikannya bersama dengan mereka yang tersayang. Begitulah agaknya yang dirasai kebanyakan selebriti tempatan kita yang telah pun menamatkan zaman solo mereka serta mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidup masing-masing sejak penghujung tahun lalu hinggalah pada tahun ini.

Namun, kebanyakannya memilih untuk melangsungkan pernikahan serta perkahwinan mereka bermula dari awal tahun ini hinggalah ke penghujung Julai lalu iaitu sebelum masuknya ramadan. Misalnya, Yusry KRU, Fasha Sandha & Jejai, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya serta ratu rock, Ella dengan Azhar Ghazali.
Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada mereka untuk menjalani ibadat puasa bersama pasangan masing-masing pada bulan yang penuh keberkatan ini sehinggalah menjelangnya lebaran.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan puasa ini adalah dengan berbuka bersama, melakukan solat terawih, mengaji Al-Quran, bersahur, membuat kuih, menjual kuih serta membuat persiapan raya, manakala untuk sambutan raya pula, kebanyakannya mengambil kesempatan untuk beraya di rumah keluarga dan keluarga mertua masing-masing serta menziarahi sanak-saudara.

Berikut adalah senarai selebriti tempatan kita yang bakal menyambut raya bersama pasangan masing-masing. Mudahan-Mudahan sambutan raya pada kali ini akan memberikan satu kemanisan buat mereka. Selamat beraya portal Murai ucapkan buat mereka semua! :-

1. Watie Elite & Joey (bernikah pada 22 Disember 2011)
2. Ally Iskandar & Farah Lee (bernikah 22 Januari 2012)
3. Lisa Surihani & Yusry (bernikah pada 23 Februari 2012)
4. Ana Raffali & Ahmad Aznaim Abdullah (bernikah pada 25 Februari 2012)
5. Azza Elite & Azlan Sulaily (bernikah pada 1 April 2012)
6. Natasha Hudson & Carleed Khaza (bernikah pada 15 April 2012)
7. Fasha Sandha dan Jejai (bernikah pada 28 April 2012)
8. Awal Ashaari & Scha Al-Yahya (bernikah pada 4 & 6 Mei 2012)
9 . Nurul Wahab & Eric Depp - (bernikah pada 6 Jun 2012)
10 . Irma Hasmie &Redza Syah - (berikah pada 29 Jun 2012)
11. Akma AF & Farih Hamshi Dato Mohamad Fatmi- (bernikah pada 30 Jun 2012)
12. Ella & Azhar Ghazali (bernikah pada 7 Julai 2012)


Responses

0 Respones to "GAMBAR 12 PERKAHWINAN SELEBRITI 2011/2012"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com