Fida Merajuk, Mahu Pindah Ke Indonesia



Selepas kontroversi kisah percintaan dengan Mamat Sepah dan gambar Fida tak pakai tudung tersebar semakin banyak kontroversi yang menimpa sepupu kepada Datuk Siti Nurhaliza ini. Terbaru Fida menulis di laman Twitternya mahu behijrah ke Indonesia. Adakah Fidah merajuk sampai membawa hati ke Indonesia?

Fida Rancang Pindah Ke Indonesia, Bakal Kembang Kerjaya?

Melalui akaun Twitter beliau, Fida menulis yang beliau kini dalam perancangan untuk berpindah ke Indonesia dalam masa terdekat & ia’nya menjadi satu kejutan buat peminat beliau.
“Dalam perancangan untuk berpindah ke Indonesia,” tulis Fida ringkas sebelum di’balas dengan pelbagai spekulasi dan pertanyaan daripada peminat beliau di Twitter.
“Penghijrahan pasti akan berlaku pada setiap manusia. Padafollower, jangan terkejut dan sedih sebab kita masih boleh berhubung melalui Facebook & Twitter ‘kan?” tambah Fida lagi.
Menjawab beberapa soalan peminat beliau, Fida menafikan yang beliau mempunyai seseorang di Indonesia yang menjadi sebab penghijrahan beliau ke sana.
Mungkin Fida ingin mengikut jejak Dafi AF juga Ashraff Sinclair yang berjaya mencipta nama di Indonesia. Semoga maju jaya dalam apa pun keputusan anda wahai Fida.
Kita doakan Fida berjaya, siapa tahu rezekinya murah di sana
#01 Fida Pindah Ke Indonesia - ROTIKAYA
#02 Fida Pindah Ke Indonesia - ROTIKAYA
sumber: Rotikaya.com


Responses

0 Respones to "Fida Merajuk, Mahu Pindah Ke Indonesia"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com