Bekas Kekasih Terkejut Abby Abadi Berpolitik



Zul Ariffin Terkejut Abby Abadi kini Berpolitik


Aktor kacak, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya, Abby Abadi kini sudah berpolitik hingga melakukan ceramah di sana-sini.
"Memang saya terkejut sangat bila mendapat tahu hal ini. Malah, saya pun baru sahaja diberitahu tentang penglibatannya di dalam politik dan bagaimana aktifnya dia menyuarakan pendapat serta pandangannya terutama di laman sosial.

"Sebelum ini, saya hanya tahu dia sudah berhijrah (bertudung), tapi saya tidak tahu pula yang dia akan berpolitik selepas melakukan penghijrahannya itu.
"Saya pun tidak tahu hendak komen apa tentang kegiatan politiknya itu. Sebab, politik bagi saya adalah satu isu yang bukan main-main. Kita harus tahu apa yang kita suarakan dan tidak seharusnya dipengaruhi orang-orang yang ada disekeliling terutama mereka yang baru kita sertai.

"Dalam kes Abby Abadi, saya tidak pasti dia berada di situasi yang bagaimana. Saya sendiri pun tidak tahu macamana dia boleh menceburkan diri dalam bidang ini kerana sejak berpisah, kami jarang berhubungan. Kalau ada pun hanya sekali-sekala,"katanya kepada murai.com.my.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenyataan yang dibuat Zul Ariffin mengenai Abby Abadi, baca artikel murai.com.my selanjutnya.


Responses

0 Respones to "Bekas Kekasih Terkejut Abby Abadi Berpolitik"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com