Aliff Aziz Berlakon Demi Anne Ngasri





Penyanyi dari Singapura Aliff Aziz,21 mengakui hubungan cinta dengan pelakon Ngasriah Ngasri (Anne) banyak mempengaruhi minatnya untuk mendalami bidang lakonan. Hubungan yang bermula sejak tujuh bulan lalu itu membuka matanya untuk mencabar kemampuan diri dalam seni lakon. Menurut Alif Aziz:
“Saya akui Anne banyak membuka mata dan minda saya untuk lebih mendalami bidang lakonan. Dia memberikan perangsang dan bimbingan untuk saya mempelajari selok-belok lakonan.
“Namun, keputusan untuk berkembang kepada bidang ini datang daripada minat saya sendiri yang sukakan cabaran untuk menjadi diri orang lain menerusi pelbagai watak yang diberikan,” katanya.
“Bidang seni ini luas. Tidak salah rasanya saya mencuba bidang lakonan untuk menguji potensi diri. Kita akan mengetahui sejauh mana kemampuan diri dalam seni selepas mencuba melakukan beberapa percubaan.
“Nyanyian dan lakonan memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza. Sejak aktif berlakon, saya mendapat kepuasan yang luar biasa berbanding menyanyi sebelum ini,” jelasnya.
Katanya, demi cabang seni yang baru diceburi sejak awal tahun itu, dia tidak kisah apabila warna kulitnya menjadi semakin gelap kerana sering berjemur di bawah matahari ketika penggambaran.
“Sudahlah saya ini memang berkulit gelap, apabila sering berlakon di luar makin gelaplah kulit saya jadinya. Tapi ia bukan satu masalah demi bidang lakonan yang semakin saya minati.
“Mungkin kalau hendak cerahkan semula kulit seperti asal, saya perlu berkurung di dalam rumah selama dua bulan,” ujarnya secara bergurau.
Ditanya mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, penyanyi yang kini popular dengan laguJangan Ganggu Pacarku berkata, hari-harinya dihabiskan di lokasi penggambaran drama bersiri 20 episod berjudul Tiara arahan Shamby Danish.


Responses

0 Respones to "Aliff Aziz Berlakon Demi Anne Ngasri"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com