Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Bercinta, Ayu Raudhah Jadi Orang Tengah




Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Bercinta. Ahad yang lepas, CAK di dalam Harian Metro Ahad menulis gosip tentang Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta.
adil zafuan dan jue bercinta
Menurut CAK, Aidil dan Jue telah diperkenalkan menerusi adik ipar Aidil iaitu Ayu Raudhah. 
MACAM tidak mahu percaya dengan apa disampaikan sumber mengenai Jue Aziz, yang kini kelihatan seperti menyepi daripada publisiti, dikatakan bercinta dengan Aidil Zafuan.
Kalau hendak diikutkan, apa kaitannya dramatis itu dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), juga suami kepada Rita Rudaini (masih lagi suami kerana perbicaraan perceraiannya belum selesai)? Menurut sumber, Jue kini dikatakan akrab dengan Aidil, malah ada ketika kelihatan mereka seakan-akan dilamun cinta. CAK rasa macam nak tersembul biji mata bila sumber terbabit menceritakan perkara ini.
Tambahnya, walaupun kedua-duanya seperti mahu merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan umum, ada kakitangan produksi yang pernah bekerja dengan Jue terserempak mereka berdua.
Hairan juga CAK, macam mana mereka berdua boleh bertemu memandangkan dunia mereka jauh berbeza. Hendak kata Jue akrab dengan Rita, tidak juga.
Kata sumber itu, sebenarnya adik ipar Aidil yang juga pelakon, Ayu Raudah yang memperkenalkan mereka berdua.
Andai benar seperti disampaikan, CAK rasa ia keterlaluan memandangkan Aidil masih lagi suami Rita.
Namun hari ini, menerusi suratkhabar Kosmo, Jue Aziz tampil menafikan yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil.
jue aziz aidil
Jue mengakui mengenali Aidil namun hanyalah sekadar kenalan biasa. Malah Jue berkata yang semenjak dua ini dia sememangnya sibuk dengan penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tak mungkin mempunyai masa untuk keluar berdua-duaan dengan Aidil. Kata Jue:-
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.
jue aziz
Jue juga memberitahu Kosmo yang dia mengetahui siapakah dalang di sebalik gosip ini. Malah Jue turut melahirkan rasa simpatinya kepada Ayu Raudhah yang tercalar reputasinya kerana dikatakan menjadi orang tengah memperkenalkan dia dan Aidil:-
Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.
Dan Jue memberikan masa seminggu kepada individu yang terbabit mengeluarkan gosip ini untuk tampil dan menunjukkan bukti yang dia mempunyai hubungan dengan Aidil. Jika gagal, individu terbabit haruslah memohon maaf secara terbuka untuk membersihkan nama Jue. Bagi Jue, kontroversi sebegini mampu menutup periuk nasinya di dalam bidang lakonan.
jue aziz aidil
@: Biasanya kalau citer macam ni dah dijadikan gosip pasti citer betul. Ala tak kan korang tak tahu banyak dah gosip yang berterbangan lama-kelamaan diketahui juga kebenarannya. Antaranya Norish Karman Dan Anaknya dan banyak lagi lah
Kredit penuh: Beautifulnara.com


Responses

0 Respones to "Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Bercinta, Ayu Raudhah Jadi Orang Tengah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com