2 Video Suhaila, Pendedahan Jimmy Shanley Kelakuan Buruk Isterinya




2 Video Kelakuan Buruk Suhaila, Isteri Jimmy Shanley. Terus membuka aib isteri, Jimmy Shanley telah menyerahkan dua salinan video kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai menyokong akan keterangan beliau tentang kelakuan Nursuhaila.

BERPISAH...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.

Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.

Selain afidavit keterangan Jimmy, Mohd Noor Aizan berkata, pihaknya juga menyertakan cetakan salinan SMS mengandungi SMS daripada ibu mentua Jimmy yang juga usahawan, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila.


Responses

0 Respones to "2 Video Suhaila, Pendedahan Jimmy Shanley Kelakuan Buruk Isterinya"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com