2 pemain Islam Perancis langgan pelacur bawah umur



2 pemain Perancis didakwa langgan pelacur bawah umur.
Sentuhan penyudah berbisa Benzema

Adakah ini konspirasi barat dan Yahudi mahu menjatuhkan agama islam? Untuk pengetahuan perkara ini masih dalam siasatan.
PARIS - Dua pemain bola sepak Perancis, Franck Ribery dan Karim Benzema berhadapan dengan pertuduhan melanggan pelacur-pelacur bawah umur.
Memetik majistret siasatan Andre Dando, CNNmelaporkan bahawa "beberapa defenden akan didakwa kerana bertindak sebagai alku walaupun saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka buat masa sekarang."
Mereka sebahagian daripada lapan pemain bola sepak disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.
Dando berkata, perbicaraan akan dikendalikan dalam beberapa bulan lagi dan kemungkinan akan berlarutan sehingga tahun depan.
Tahun lalu, pihak pendakwa raya telah meminta agar kes ke atas mereka digugurkan sebab kedua-dua pemain berkenaan tidak tahu bahawa salah seorang wanita yang ditahan berusia bawah 18 tahun.
Ribery, 29, bermain untuk kelab Bayern Munich manakala Benzema, 24, adalah pemain Real Madrid. Kedua-dua mereka juga pemain pasukan kebangsaan Perancis.
CNN juga melaporkan bahawa kes itu didedahkan ekoran serbuan polis ke atas sebuah kelab malam di Champs Elysees di sini dan menahan 18 wanita yang disyaki terlibat dalam pelacuran.
Salah seorang daripada yang ditahan, Zahia Dehar, pernah muncul di muka depan Paris Matchpada April lalu dan memberitahu majalah itu bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa pemain pasukan kebangsaan termasuk Ribery.
Dehar, kini berusia 20 tahun, memberitahu bahawa dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa dia berumur bawah 18 tahun ketika itu.
Di peringkat awal kes mahkamah, Ribery mengaku mengadakan hubungan seks dengan Dehar tetapi menegaskan tidak tahu yang dia seorang bawah umur.
Benzema tidak membuat kenyataan umum.
Kedua-dua mereka berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun dan denda 45,000 euro jika disabitkan kesalahan


Responses

0 Respones to "2 pemain Islam Perancis langgan pelacur bawah umur"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com