(2 GAMBAR) Ibu Muda Terberanak Dalam Bas Express



SELAMAT...bayi perempuan  diberi nama Dyana sempena nama bas eskpres dinaiki ibunya.
bayi perempuan diberi nama Dyana sempena nama bas eskpres dinaiki ibunya.

Nasib baik ambulans cepat sampai kalau tak terpaksalah pemandu bas jadi bidan terjun apabila seorang ibu muda sarat mengandung yang menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di bandar raya Kota Kinabalu, terpaksa menjadikan bas ekspres dinaikinya ‘bilik bersalin’ apabila sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, dekat sini, kelmarin.

CIPTA SEJARAH...bas ekspres Dyana tempat bayi perempuan Norlyn dilahirkan.
bas ekspres Dyana tempat bayi perempuan Norlyn dilahirkan.

Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.
Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.

Bas jadi ‘bilik bersalin’

“Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba.

“Saya tidak terfikir untuk bersalin kerana masih terlalu awal selain lama-kelamaan sakit beransur hilang,” katanya.


Responses

0 Respones to "(2 GAMBAR) Ibu Muda Terberanak Dalam Bas Express"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com