SERIUS HODOH: Pakaian Kontijen Malaysia Di Pembukaan Olimpik London 2012





Kontinjen yang diketuai Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dengan peserta lelaki memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna ‘Harimau Malaya’ serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang, berarak lalu pada jam 11.13 malam (waktu tempatan). 

Malaysia adalah antara kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian dalam perarakan perasmian yang bermula jam 9 malam, didahului kontinjen Afghanistan di stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton itu. 

Laman ( YAHOO! ) pula dalam satu artikel atau laporannya dengan tajuk ‘Best and worst team uniforms’ yang menyenaraikan pakaian Kontinjen yang mengambil bahagian di pembukaan rasmi temasya sukan olimpik di London telah meletakkan pakaian Kontinjen Malaysia adalah antara pakaian yang terburuk..

Sebuah blog luar negara juga telah memilih pakaian atlet malaysia sebagai antara yang paling menarik pada pembukaan sukan olimpik di london. Malangnya pemilihan 19 pakaian kontinjen itu bukanlah pakaian yang menarik atau kemas, sebalinya adalah pakaian paling hodoh.

Selain dari Malaysia banyak lagi negara yang disenaraikan menampilkan pakaian atau seragam yang kelihatan buruk.. antaranya Britain, Republic Czech, Canada, Germany, Ukraine, New Zealand dan juga Mexico..




Berada di belakang Ukraine, malaysia menduduki tempat kedua pakaian hodoh dengan memakai pakaian yang entah apa jenis konsepnya, tambahan lagi songket bercorak kulit harimau itu nampak sangat ganjil dan terlebih menyerlah.

Siapa punya idea ni, sudah habis kah pereka dan perunding imej di negara ini. Perlu rujuk kat datin Rosmah ni, beliau kan penganjur fesyen antarabangsa patut arif bab-bab fesyen ni

 Niat baik nak mempromosikan HARIMAU MALAYA tu memang harus di puji, tapi biarlah bertempat. Warna baju kebaya perempuan tak sepadan dengan kainnya. Yang lelaki pula cukuplah memakai sampin atau tanjak rimau aje. Ni tak atas bawah rimau gerun dibuatnya

gambar uniform dari negara lain....


.




Sumber: Here


Responses

0 Respones to "SERIUS HODOH: Pakaian Kontijen Malaysia Di Pembukaan Olimpik London 2012"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com