Rumah Sharifah Shahira dipecah masuk pencuri






KUALA LUMPUR - Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati di sini menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam.
Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.
Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.
Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil.
Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan.
"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya.
"Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah," katanya ketika dihubungi semalam


Responses

0 Respones to "Rumah Sharifah Shahira dipecah masuk pencuri"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com