Resepi DONUT, Cara Buat Donut Sedap Dan Lembut





Resepi DONUT, Cara Buat Donut Sedap Dan Lembut. Kalau korang peminat Donut, apa salahnya skali sekala mencuba Donut hasil tangan sendiri. Berikut adalah resepi mudah membuat donut. Topping donut boleh ditambah mengikut citarasa sendiri agar nampak lebih menarik dan menyelerakan.


DONUT

Bahan
500 gm tepung gandum  ]
1  cawan gula halus        ]
a cawan susu tepung      ]  gaul rata
1/2 s/kecil garam            ]
1 paket yeast maripan     ]

1 s/b spry [crisco]..cairkan
1 biji telur di pukul  
2 s/b minyak
250 ml air suam


Cara.
1. Gaul semua bahan kering dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan basah dan gaulkan rata.
3. Uli sehingga tak ada tepung melekat ditangan.
4. Tutupkan dengan kain lembab sehingga naik 2 kali ganda.
5. Bila dah nampak naik, tumbukkan supaya angin keluar dan uli sekali lagi.
6. Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan.
7. Terapkan mengikut saiz donut yg dikehendakki.
8. Biarkan adunan naik sekali lagi.
9. Panaskan minyak dan gorengkan dengan api yg sederhana.
10. Bila telah keperangan angkat dan toskan.
11. Adunan boleh digaulkan dengan gula atau pun salutkan coklat cream dan taburkan coklat rice atau gula warna-warni.



By: hanieliza


Responses

0 Respones to "Resepi DONUT, Cara Buat Donut Sedap Dan Lembut"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com