RESEPI Butter Prawn a.k.a Udang Mentega



Resepi Berbuka GUA - Udang Goreng Mentega

Sebut aja Butter Prawn pasti korang dah terbayang keenakan rasa udang disulami rasa butter yang lemak berkrim. Butter Prawn a.k.a Udang Mentega adalah antara resepi yang mudah untuk disediakan terutama diwaktu sahur sebagai pembuka selera sekeluarga. Jika anda mencuba Resepi Butter Prawn a.k.a Udang Mentega ni, pasti anak-anak tak liat bangun sahur lagi lepas ni. Aroma Butter Prawn a.k.a Udang Mentega sudah cukup membuatkan air liur meleleh..nyum2

Butter Prawn a.k.a Udang Mentega satu menu yang ringkas dan sedap untuk pengemar masakan udang.

Ramuan:

10 ekor udang harimau
2 biji telur kuning 
2 sudu besar mentega
3 tangkai cili padi dipotong kecil
1 tangkai daun kari
4 sudu besar susu cair
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:1. Bersihkan udang
2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga setengah masak. Angkat dan ketepikan udang



3. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar mentega  
4. Masukan telur kuning dan kacau sehingga garing, angkat dan ketepikan



5. Panaskan kuali dan masukkan baki mentega.  
6. Tumis daun kari dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit susu cair.



7. Masukkan udang goreng tadi dan gaul rata.



8. Tambahkan baki susu cair, garam dan gula secukup rasa. Goreng sehingga masak.
9. Angkat udang dan taburkan kuning telur yang telah digoreng ke atas udang.



10. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Mudahkan? Anda juga boleh variasikan masakan ini dengan ayam atau ketam dan juga makanan laut yang lain. Sesuai di hidangkan ketika makan bersama seisi keluarga. Hidangan ini juga sesuai untuk majlis perkahwinan. Selamat mencuba!


Kredit: gua


Responses

0 Respones to "RESEPI Butter Prawn a.k.a Udang Mentega"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com