Penyanyi Janda Kekasih VIP Makin Sombong






Sumber gosip dari CAK Harian Metro. Kisah panas ini mengenai seorang penyanyi muda bergelar janda. Menurut sumber yang menyampaikan cerita, penyanyi suam-suam kuku ini semakin sombong sejak menjalin hubungan dengan VIP bergelar ‘Datuk’.



Dulu, dia pandai bawa diri dan tahu menghormati orang lain. Boleh dikatakan dia bukan kategori berat mulut, pantang jumpa kawan mesti tanya khabar dan bertukar cerita. Kiranya dia bukan artis yang banyak songeh.

Ketika itu hidupnya susah, lebih-lebih lagi bila berpisah dengan bekas suami. ‘Show’ pun kurang, malah namanya semakin dilupakan.


Apabila ada teman skandal kaya, dia berubah sikap. Kalau terserempak dengan kawan yang pernah rapat dengannya, jangankan nak bersalam, bertegur sapa pun tidak.




Dari jauh dia buat-buat tidak kenal, terpinga-pinga teman yang bertembung dengannya. Nak kata rabun, mustahil. Bukan main sombong lagi dengan imej barunya yang semakin mewah.

Walaupun kecil hati, teman itu cuba bersabar. Sungguh tak sangka penyanyi itu berubah begitu sekali.


Kata sumber, muka memang nampak suci murni. Kalau pijak semut pun tak mati, tetapi perangai sendiri mau ingatlah!


Boleh speku tak siapa penyanyi janda yang dimaksudkan? 



Responses

0 Respones to "Penyanyi Janda Kekasih VIP Makin Sombong"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com