MTV World Stage 2012, Justin Bieber Mesra Peminat






PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa Justin Bieber dilihat lebih mesra peminat dan kerap berkomunikasi ketika mengadakan persembahan pada rakaman konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway, di sini, malam Sabtu.
Bieber yang tampil berbaju hitam dan seluar merah muncul pada sekitar pukul 6.35 petang, menerusi lagu keramatnya, Baby, di hadapan 15,000 penonton.
Pada persembahan yang berlangsung hampir 45 minit, Bieber tidak henti-henti memuji para peminat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya.
Selain Baby, Bieber turut membawakan lagu-lagu popularnya, Never Say Never, One Time, Around The World, As Long As You Love Me, Die In My Arm, Be Alright dan lagu baru Boyfriend.
Selain itu, penyanyi berkumpulan dari Korea, KARA, Mizz Nina dan Jay Park turut menjayakan konsert tersebut.
Persembahan KARA juga berjaya membuatkan penonton remaja teruja dengan persembahan mereka.
Antara lagu yang dibawakan ialah Step, Jumping, Lupin, Let It Go, Hunny dan Mister.
Mizz Nina juga tidak kurang hebatnya yang tampil dengan lagu-lagu daripada album terbarunya, Take Over.
Konsert MTV World Stage 2012 telah pun dijalankan dengan penuh meriah, walaupun ramai yang pulang selepas persembahan Bieber.
Konsert tersebut dihoskan oleh dua VJ yang terkenal, VJ Rich dan VJ Holly.


Responses

0 Respones to "MTV World Stage 2012, Justin Bieber Mesra Peminat"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com