Lisa Surihani Nampak Chubby Di Mingguan Wanita, Bersama Yusri



Lisa Surihani Nampak Chubby Di Mingguan Wanita, Bersama Yusri. Selepas kahwin Lisa Surihani nampak semakin chubby berbanding dahulu. Nampakny Lisa cukup bahagia dengan perkahwinannya bersama Yusri.  Gambar di bawah adalah gambar lisa surihani sebelum berkahwin. Lisa nampak cun sewaktu zaman anak daranya, namun nampak lebih gorgeous bila dah berkahwin..apa pendapat korang?

Gambar Lisa Surihani sewaktu kurus zaman anak dara


ARTIKEL MINGGUAN WANITA: Selepas enam tahun beraya tanpa wanita bergelar isteri, kini Yusry Abdul Halim, 39 kembali meniti bahagia bersama insan yang dicintainya, Lisa Surihani Mohamed, 26. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja meraikan hari lebaran bersama.


Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila berbicara mengenai sambutan Aidilfitri pertama mereka selepas disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama cantik dan sama padan ini bakal menyambut bulan mulia di kediaman baru mereka yang terletak di Kajang Country Height.

“Saya bersyukur dan gembira dengan apa yang dimiliki hari ini. Kehadiran Lisa amat bermakna dalam hidup saya. Dia wanita yang amat istimewa, bersamanya saya rasa bahagia.

“Alhamdulillah, sepanjang enam bulan berkahwin kami tidak pernah bergaduh. Kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik. Saya dan Lisa ada keserasian. Sejak mula kenal sehingga menjalin hubungan istimewa, kasih sayang kepadanya semakin subur. Saya berdoa agar rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat,” ujar anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini. Sebagai suami, kata Yusry dia berusaha memberikan yang terbaik buat Lisa. Selain kasih sayang yang tidak berbelah lagi, dia mahu memastikan permaisurinya hidup selesa di kediaman baru mereka.
“Sebenarnya saya sudah lama merancang membina kediaman yang selesa untuk keluarga saya, syukur impian saya akhirnya menjadi kenyataan. Ketika bercinta dengan Lisa, rumah ini dalam proses pembinaan. Saya ada bertanya tentang rumah idamannya tapi Lisa hanya mendiamkan diri. Mungkin dia segan maklumlah ketika itu kami masih belum berkahwin.

“Saya teruskan perancangan membina rumah mengikut cita rasa saya. Rumah ini mempunyai nilai sentimental buat saya kerana ia adalah rekaan saya sendiri khas buat insan yang dicintai. Saya gembira Lisa suka dengan rekaan dan dekorasi kediaman kami yang berkonsep kontemporari. Cita rasa kami sama lantaran mudah untuk kami menata rias kediaman ini.
“Saya mahu meniti hari bahagia bersama Lisa dan membina keluarga di kediaman ini. Semoga ia menjadi kediaman yang selesa dan sempurna untuk kami,” jelas pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa ini lagi.

Lagi gambar Lisa surihani Chubby


Responses

0 Respones to "Lisa Surihani Nampak Chubby Di Mingguan Wanita, Bersama Yusri"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com