Lelaki Bersamurai Mengamuk Di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya



Lelaki Bersamurai Mengamuk Di Putrajaya

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.



 
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali





Info tambahan: Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspektelah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.


Responses

0 Respones to "Lelaki Bersamurai Mengamuk Di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com