Kekasih baru NORA DANISH






Kekasih baru NORA DANISH, Nora Danish mengakui yang beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
“Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.”
“Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita,” tambah Nora Danish lagi.
Bagus juga untuk Nora Danish memulakan satu hubungan baru yang lebih serius, maklumlah sudah bertahun hidup seorang diri membesarkan anak lelaki beliau Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.


Responses

0 Respones to "Kekasih baru NORA DANISH"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com