Homemade Pizza | Resepi, Cara Buat Pizza, Tips






Bulan puasa dah nak dekat, pasti ada yang dah mula membelek-belek resepi yang nak di masak untuk berbuka nanti. Maklumlah, macam-macam benda nak makan. nak jimat boleh la masak sendiri. Antara resepi mudah yang korang boleh cuba adalah Homemade Pizza. Tak kisah lah nak yang Tuna, Vegi, Chicken, extra Cheese boleh tambah ikut selera masing-masing.


penchant for pizza, penchant pizza, big pizza, pizza hut, pizza italy, pizza king ferdinand, old pizza, first pizza, pete s pizza, beggars pizza, pizza calories
PIZZA

Bahan
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 s/k gula..........................]
1 s/k garam........................]
1 s/b majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut  pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan 
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih 
1 biji capsicum kecil 
3 keping nanas - 
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato 
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak 
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano 
garam

Cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. 
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair 
9. Hidangkan. 

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...



By: hanieyliza


Responses

0 Respones to "Homemade Pizza | Resepi, Cara Buat Pizza, Tips"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com