Gambar Gaun Fathia Latiff Terkoyak Di Anugerah Stail EH! 2012



Gaun Fathia Terkoyak



Gambar Gaun Fathia Latiff Terkoyak Di Anugerah Stail EH 2012. Gaun rona hitam dari label fesyen antarabangsa, BCBG itu didapati koyak dibahagian peha ketika perjalanan majlis berkenaan. Khabarnya, kejadian itu berlaku angkara tingkah laku Fathia yang lasak sehingga menyebabkan gaun cantik berkenaan koyak.

Fathia dilihat telah datang lewat ke majlis berkenaan malam tadi, bagaimanapun sempat menjadi tumpuan lensa kamera dengan persona gaun hitam dari fabrik jarang dan seksi yang difahamkan dibelinya khusus untuk majlis berkenaan.

Dia juga telah dipertanggungjawabkan menyampaikan anugerah untuk salah satu kategori yang dipertandingkan dan sekali lagi kemunculannya di atas pentas telah mencuri perhatian ramai.

Namun dapat dilihat kekecewaan di wajah Fathia yang cantik itu, sambil tangan dan matanya membelek kain gaunnya yang terkoyak itu. Apatah lagi apabila gaun berkenaan khabarnya berharga ribuan ringgit,
Mungkin juga, inilah yang dinamakan fesyen gothic sebenar cara Fathia untuk mencuri perhatian ramai pada acara fesyen yang dinanti-nantikan itu.

@: baju/gaun yg dia pakai klau dilihat sama seperti dia hanya memakai coli


Responses

0 Respones to "Gambar Gaun Fathia Latiff Terkoyak Di Anugerah Stail EH! 2012"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com