(GAMBAR) Diana Amir Bakal Kahwin Ustaz?






Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.
Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.
Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.
“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”
Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.
Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.
“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Ikuti Temubual bersama Diana Amir
Adakah Diana menolak jika bertemu jodoh dengan ustaz?
Saya tidak memilih. Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak.
Diana ada sasaran bila akan menamatkan zaman bujang?
Saya berdoa dipercepatkan jodoh mudah-mudahan tahun depan.
Tahun hadapan? Bukankah itu terlalu cepat untuk anda?
Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak.
Kriteria suami pilihan Diana?
Sudah tentu yang beriman yang penting dia perlu bijak dalam membimbing saya dan keluarga.



Responses

0 Respones to "(GAMBAR) Diana Amir Bakal Kahwin Ustaz?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com