Erra Fazira Pasrah Jika Ditakdirkan Berpisah




Aktres jelita, Erra Fazira akhirnya tidak dapat menahan air matanya daripada terus menitis apabila isu berkaitan rumah tangganya yang didakwa bergolak dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin hangat diperkatakan orang dan menjadi paparan utama akhbar dan laman blog ketika ini.



“Sebenarnya, saya sudah penat apabila kerap ditanya soalan yang sama sedangkan saya belum ada jawapan untuk itu. 

Sebelum ini, saya fikir saya ‘Superwoman’ tapi sebagai insan biasa ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan gosip serta tohmahan orang mengenai rumah tangga kami. 

“Saya belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan rumah tangga kami dan akan terus bertahan selagi terdaya. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai isu rumah tangga kami kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan akan disalahertikan segelintir pihak sekali gus mengeruhkan keadaan sedia ada,” katanya. 

Kata Erra, apa yang boleh dikatakannya, tiada rumah tangga yang sempurna begitu juga rumah tangganya kerana ia perkara biasa dihadapi mana-mana pasangan berkahwin. 

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya. 

Terus terang, kata Erra, segala yang dia lakukan sekarang adalah untuk kebahagiaan dan masa depan anak tunggal mereka, Engku Aleesya. 

“Saya kuat berdepan apa saja selama ini pun kerana Aleesya. Bagi saya kebahagiaan dan masa depan Aleesya lebih penting daripada diri sendiri kerana Aleesya adalah segala-galanya dalam hidup saya. 

“Apapun yang berlaku selepas ini, saya tidak mahu Aleesya yang masih kecil lagi terjejas dengan ujian yang melanda rumah tangga kami ini,” katanya. 

Enggan mengulas lanjut isu rumah tangga lagi, kata Erra, selain berusaha memberikan yang terbaik buat Aleesya, dia ingin fokus pada karier seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu. 


Responses

0 Respones to "Erra Fazira Pasrah Jika Ditakdirkan Berpisah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com