BONUS AIDILFITRI Untuk Kakitangan Awam Sabah



KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah bersedia mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam negeri sempena perayaan Aidilfitri bulan depan. 

"Itu nanti kita akan kaji apabila kita menerima surat hitam putih ataupun official letter daripada pihak yang berkenaan. Kita akan kaji, kita akan pertimbangkan," kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa berkata demikian mengulas mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri berikutan sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian imbuhan kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Pada tahun lepas, seramai 19,191 kakitangan awam perkhidmatan awam Sabah menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 sempena Aidilfitri. 

Terdahulu, Musa menyampaikan sumbangan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berupa air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada 943 masjid yang meliputi 25 kawasan di seluruh Sabah, sempena bulan Ramadan ini. - Bernama


Responses

0 Respones to "BONUS AIDILFITRI Untuk Kakitangan Awam Sabah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com