Bongkar rahsia gadis lahir bayi sendirian dalam bilik



ACP-K-Manoharan


KUALA TERENGGANU – Tanpa pengetahuan keluarga, seorang gadis berusia 22 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan luar nikahnya seorang diri di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang kelmarin.

Bagaimanapun, rahsia keterlanjuran gadis itu terbongkar apabila adik lelaki bongsunya ternampak banyak darah mengalir dari lantai bilik kakaknya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya kira-kira jam 2 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, ketika kejadian, gadis berkenaan dilaporkan berada seorang diri dalam bilik manakala ibu dan ahli keluarga lain duduk di ruang tamu.

“Setelah dimaklumkan anak bongsu, ibunya ke bilik gadis tersebut dan mendapati dia sudah melahirkan seorang bayi lelaki.

“Ibunya yang berusia 49 tahun kemudian menghubungi pihak polis sebelum gadis itu dan bayinya dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya, di sini semalam.

Bagaimanapun kata Manoharan, bayi malang yang cukup sifat itu dilaporkan meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan awal, ibunya memaklumkan tidak mengetahui anak gadisnya yang tidak bekerja itu hamil dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.


Responses

0 Respones to "Bongkar rahsia gadis lahir bayi sendirian dalam bilik"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com