Bisnes Tudung Terjejas Gara-gara Abby Abadi



Bisnes Tudung Terjejas Gara-gara Abby Abadi. Disebalik kenyataan Abby Abadi kepada sebuah akhbar tempatan yang mencetuskan kontroversi hangat baru-baru ini, rupa-rupanya ada rahsia disebalik itu.
Beberapa jam yang lepas, Abby mendedahkan bahawa kontraknya sebagai duta kepada produk tudung Al-Humaira Contemporary telahpun ditamatkan pada 4 Julai 2012 yang lepas. Antara punca kontraknya ditamatkan adalah kerana pihak Al-Humaira Contemporary (AHC) merasakan bahawa perniagaan mereka terjejas dengan penglibatan Abby didalam politik.
Melalui akaun Twitter Abby, pada mulanya selebriti ini tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kontraknya yang telah tamat. Namun setelah menyedari pihak AHC menyatakan bahawa perniagaan mereka sedikit sebanyak terjejas disebabkan penglibatannya, Abby secara terang menulis mengenai status kontraknya di laman Twitter-nya.
Dalam pada itu, salah seorang pengikut Abby Abadi di Twitter berkata, tindakan kontrak Abby Abadi dibatalkan sebenarnya adalah satu tindakan yang kurang bijak kerana ahli PAS lebih ramai wanita bertudung dari ahli UMNO. Setujukah anda?
  • kredit:ohbulan.com


Responses

0 Respones to "Bisnes Tudung Terjejas Gara-gara Abby Abadi"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com