Aisha Juara Bintang RTM, BRTM 2012



Aisha Tak Sangka Jadi Juara BRTM 2012


“Saya terkejut apabila nama saya disebut sebagai juara. Bukan kerana tidak yakin dengan persembahan sendiri, tetapi persaingan pada malam ini sangat sengit. Selain itu, saya juga bukan di antara lima peserta yang layak ke peringkat akhir. Sebaliknya, penyertaan saya diputuskan pada saat-saat akhir. Mungkin rezeki memihak kepada saya pada mala. Saya rasa sangat gembira dan bersyukur. Malah, saya juga berasa terharu di atas kepercayaan pihak juri terhadap bakat saya,” ujar Aisha pada sidang media yang diadakan sejurus pertandingan akhir itu selesai.

Selain bergelar juara, Aisha atau nama sebenarnya Aisha Masnamimi Safia@Shafie juga diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Bintang RTM 2012 (BRM 2012). Pemilihan itu adalah berdasarkan undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh penonton. Dengan kedua-dua kemenangan ini Aisha menggondol pelbagai hadiah lumayan yang bernilai hampir RM100,000.
Sebagai juara Aisha membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000, rantai dan loket U-Diamond bernilai RM5,000, Samsung Galaxy Note, Jam Tangan Casio, trofi dan sijil penghargaan. Manakala untuk gelaran Bintang Paling Popular, dia mendapat wang tunai RM5,000, sebentuk cincin U-Diamond, pakej penginapan tajaan Asiarooms, trofi serta sijil penghargaan.


Naib johan menjadi milik Fitri . Peserta ini mendapat wang tunai RM10,000, rantai loket bernilai RM 3,000, telefon bimbit Samsung, komputer riba Acer, Jam Tangan Casio trofi dan sijil penghargaan.

Manakala tempat ketiga diraih oleh Hafsyam yang membawa pulang wang tunai RM3,000, telefon bimbit Samsung S 11, Jam Tangan Casio serta trofi dan sijil penghargaan.

Pertandingan akhir BRTM 2012 disiarkan secara langsung di saluran TV2, pada jam 9.00 malam tadi.



Responses

0 Respones to "Aisha Juara Bintang RTM, BRTM 2012"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com