Adik Lelaki Penyanyi Alyah Dipenjara 7 Tahun, Samun Ahli Perniagaan Wanita




Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke’atas Mohd Faizal Abu Hassan yang juga merupakan adik kepada penyanyi Alyah.
Lelaki berusia 29 tahun itu telah di’dapati bersalah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan selepas di’dakwa menyamun seorang ahli perniagaan wanita awal tahun lalu.
Pada kejadian 23 Januari 2012 itu, Mohd Faizal di’dakwa telah merampas beg tangan wanita itu di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah sekitar jam 1.15 petang.
Alyah yang di’hubungi wartawan Berita Harian enggan untuk mengulas lanjut tentang hukuman penjara yang di’kenakan ke atas adik’nya selain akur dengan keputusan mahkamah.
Melalui pengurus beliau, Alyah berkata perkara ini tiada kaitan dengan kerjaya seni beliau dan meminta semua pihak supaya menghormati perasaan beliau ketika ini.


Responses

0 Respones to "Adik Lelaki Penyanyi Alyah Dipenjara 7 Tahun, Samun Ahli Perniagaan Wanita"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com