Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup




Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup. semalam Abby Abadi telah pun menghantar borang keahlian seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Proses penyerahan telah dilakukan di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
abby abadi
Selepas memberitahu media awal bulan lalu yang dia masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik, kemasukan Abby Abadi ke dalam parti PAS untuk mencari erti perjuangan sebenar dan berkongsi pengalaman hidupnya. Kata Abby:-
Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini.
Semoga dengan kemasukan Abby ke dalam parti PAS akan memudahkan usaha dakwah dan perkongsian pengalaman yang sedang Abby lakukan. Info dipetik daripada Sinar Harian.


Responses

0 Respones to "Abby Abadi Sah Ahli PAS Seumur Hidup"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com