Kapal Meletup, Terbakar Di Labuan. 1 Mati, 3 Cedera, 5 Masih Hilang



UPDATE: Dua mayat ditemui terapung berhampiran kapal

27/07/2012 7:25pm

LABUAN – Dua mayat dijumpai terapung tidak jauh dari kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad yang terbakar dan meletup di sini awal pagi Khamis, menjadikan tiga mangsa terkorban dan dua lagi masih hilang.
Ketua Polis Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, mayat pertama ditemui 12.50 tengah hari oleh pasukan penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan kira-kira 50 meter dari kapal itu.
Manakala mayat kedua ditemui 12.57 tengah hari oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran sebuah jeti perindustrian kira-kira 100m dari kapal itu.
"Kedua-dua mangsa dipercayai anak kapal 'Bunga Alpinia'," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi semalam, kapal tersebut terbakar diikuti beberapa letupan yang menggegarkan Labuan ketika kapal itu sedang mengisi metanol di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.
Mangsa yang terbunuh ialah Shahril Azmi Baharudin, 28, dari Melaka, yang bekerja sebagai tukang gris di atas kapal tersebut.
Empat mangsa yang hilang tiga warga tempatan Muhammad Nazrin Khamasani, 20, dari Kuala Lumpur; Mohd Hanafi Khalil, 24, dari Melaka; Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan; dan seorang warga Filipina, Colanggoy Errol Calaluan, 22. – BERNAMA

Kebakaran Kapal Di LabuanKebakaran dilaporkan berlaku di atas kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad `Bunga Alpinia' di Labuan, Sabah awal pagi tadi. Enam orang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi. 

 
Letupan yang meletus di kapal tangki metanol di Labuan, awal Khamis, mengorbankan satu nyawa dengan beberapa orang anak kapal dilaporkan hilang.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan. 

Dalam satu kenyataan, MISC berkata kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina. "Pada masa ini, 24 (anak kapal) selamat dibawa ke pantai," katanya. 


Kapal terbabit berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi.

"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.

MISC berkata, semua pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya. - BERNAMA


Responses

4 Respones to "Kapal Meletup, Terbakar Di Labuan. 1 Mati, 3 Cedera, 5 Masih Hilang"

cari kerja said...

subahan ALLAH letupan kedua tapi pagi betul2 mengegarkan labuan nasip baik semua kerja asab dalam dan luar semua selamat......


July 26, 2012 at 4:51 PM
cari kerja said...

subahan ALLAH LETUPAN tadi pagi sewaktu kami mengada brifing betul -2 mengegarkan labuan .. nasib baikpekerja asb luar dan dalam selamat alhamdulilah


July 26, 2012 at 4:53 PM
ambooyats said...

Alhamdulillah...jarang bnde cmni berlaku dsini..kite doakan mereka y hilg tu jg slmat amin...


July 26, 2012 at 5:23 PM
Anonymous said...

Semuga semua urusan pemadaman dan penyelamatan oleh pihak berkuasa dipermudahkan... Insyaallah... Allah Hu Akhbar..


July 26, 2012 at 10:06 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com