Sharifah Aini Sakit, Muka Kak Pah Semakin Pelik



Sharifah Aini Sakit Gara-Gara Dera Diri Sendiri


Selepas dimasukkan ke hospital selama 17 hari akibat jangkitan kuman di paru-paru, penyanyi malar segar, Dato’ Sharifah Aini kini dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama dua bulan bagi kembali pulih sepenuhnya.

Biduanita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah ini ditemui ketika majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012, baru-baru ini. Menurut Kak Pah, ini merupakan kemunculan pertamanya di majlis hiburan selepas keluar dari hospital.

“Alhamdulillah, sekarang Kak Pah okay cuma Kak Pah kini perlu pergi ke hospital setiap lima hari sekali untuk periksa darah dan juga paru-paru. Dua minggu sekali pula Kak Pah kena menjalani ujian X-Ray. Selain itu, Kak Pah turut dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama dua bulan,” ujar Kak Pah mengakui belajar dari kesilapan.

“Kak Pah bekerja selama tiga tahun tanpa bercuti. Kak Pah dera badan Kak Pah sendiri, sehingga dimasukkan ke ICU selama 5 hari. Sekarang Kak Pah tak boleh lagi dah dan Kak Pah betul-betul belajar dari kesilapan. Selepas ini, Kak Pah akan pastikan yang Kak Pah akan bercuti selepas bekerja.

“Justeru, buat masa ini, Kak Pah tak terima apa-apa tawaran. Kak Pah akan berehat sepenuhnya sehingga betul-betul pulih. Sejujurnya, Kak Pah tak pernah berehat lama seperti ini dan bila dapat rehat macam ini, rasa lain pula.”

Wajah Sharifah Aini Dahulu dan Sekarang


 
Dulu-------------------------------------------------------> Sekarang



Responses

0 Respones to "Sharifah Aini Sakit, Muka Kak Pah Semakin Pelik"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com