Rakaman Apex Terbongkar, Rahsia Apex Di Rumah



Rahsia Apex Di Rumah Dirakamkan


Apabila sudah dikenali, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, tidak boleh lari dari peminat yang ingin mengetahui kisah peribadinya.

Jadi, tidak hairanlah sehingga saat ini, banyak pihak cuba mencari jawapan di sebalik pertanyaan siapakah wanita baru yang berjaya menambat hati penjaga gol kebangsaan berkenaan.
Namun, ada juga peminat yang ingin mengenali lebih dekat jejaka kacak itu dengan mengetahui kehidupan sebenar Apex ketika berada di rumah.

Memandangkan Apex mempunyai ramai peminat, jenama 100 Plus yang telah memilih Apex sebagai duta produk minuman berkenaan bakal membongkar rahsia pemain Kelantan ini tatkala beliau berada di rumah.

Difahamkan, seminggu sebelum puasa, gerak-gerak geri Apex akan disiarkan di kaca televisyen dan ianya akan berlarutan sehingga menjelang Aidilfitri.

Bagaimanapun, rakaman yang telahpun dijalankan pada 13 Jun lepas bukanlah untuk sebuah program TV, sebaliknya untuk iklan TV 100 Plus.

Menerusi iklan berkenaan, Apex telah berkongsi kisah dirinya semasa berada di rumah sepanjang Ramadhan yang akan turut membabitkan kawan baiknya dan ibu tersayang.

Apa yang pasti, banyak babak-babak lucu ditonjolkan yang boleh membuat anda tergelak apabila menontonnya.


Responses

0 Respones to "Rakaman Apex Terbongkar, Rahsia Apex Di Rumah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com