PTPTN lupus pinjaman RM475juta tukar kepada biasiswa




TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.
Katanya, seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana Kelas Pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.
"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.


Responses

0 Respones to "PTPTN lupus pinjaman RM475juta tukar kepada biasiswa"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com