Jalani Sidek Dayus, Raja Azmi Tuntut Penceraian




Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka selepas tidak berhenti menerima cemuhan atas apa yang berlaku satu per satu beberapa tahun kebelakangan ini.
Laporan Harian Metro menyebut yang Raja Azmi Raja Sulaiman mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami’nya Jalani Sidek demi menjaga nama suami’nya itu.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumahtangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu”
Proses perceraian Raja Azmi & Jalani Sidek akan di’failkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini & proses penceraian mereka akan berjalan secara baik.
Malah kedua dua mereka akan di’wakili oleh peguam yang sama iaitu Roslizam Rahim. “Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” ujar Raja Azmi.


Responses

0 Respones to "Jalani Sidek Dayus, Raja Azmi Tuntut Penceraian"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com