Ibu Tiri Liyana Jasmay Mohon Cerai




KUALA LUMPUR 18 Jun - Isteri kedua bapa pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay (gambar) memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Tengku Noraizah Sultan Abu Bakar selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap defendan, Jasmay Md. Shah, 59, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua mereka yang masing-masing tidak diwakili peguam syarie, hadir pada prosiding sebutan kali pertama hari ini di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Julai ini.

Bagaimanapun, butir-butir permohonan cerai itu tidak didedahkan kepada pihak media.
Jasmay merupakan Pengarah Urusan syarikat perkhidmatan penyajian makanan, Besta Corporation Sdn. Bhd.


Responses

0 Respones to "Ibu Tiri Liyana Jasmay Mohon Cerai"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com