GAMBAR Tunang Rizal (AF5), Nikah Eksekutif Firefly Tahun Depan




Rizal dan Maria bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2013. 
PETALING JAYA: Teka-teki mengenai percintaan bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Rizal Ayub, 25, dengan wanita senegeri dengannya iaitu Sarawak terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan telah bertunang pada 26 Mac lalu.
Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun itu sebaliknya enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.
"Saya tak mahu kecoh-kecoh kerana ini baru majlis pertunangan. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.
Maria (tengah) adalah cinta sejati Rizal.
"Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini," katanya 
Rizal dan Maria, 30, bertunang dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dalam satu majlis tertutup di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak.
Pada majlis tersebut, keluarga Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai sebagai tanda bertunang. Majlis pernikahan pula dijadualkan pada 26 Januari 2013.
Kedua-dua pasangan itu pula merancang mengadakan majlis persandingan pada 27 Januari 2013 di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak.
Majlis pertunangan Rizal dan Maria diadakan secara sederhana pada Mac lalu. Foto ihsan daripada Rizal.
"Walaupun jarak masa majlis pernikahan kami masih jauh, saya sudah dapat merasai debarannya dan tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang suami.
"Saya bersyukur kerana memiliki bakal isteri yang cantik dan pada masa sama kami saling memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja saya yang tidak menentu ini.
"Alhamdulillah apabila niat kita ingin menuju ke alam perkahwinan, rezeki kerja nyanyian dan lakonan juga bertambah. Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar," tuturnya


Responses

0 Respones to "GAMBAR Tunang Rizal (AF5), Nikah Eksekutif Firefly Tahun Depan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com