Anzalna Nasir Lantik Peguam, Salahkan Wartawan Zubir Berita Harian



Cuba buat ni bila tersangkut dalam traffic jam...! 
Petang semalam dalam satu sidang media ringkas di Bandar Utama, Neelofa mendedahkan yang beliau sudah melantik dua orang peguam & menghantar notis tuntutan kepada Anzalna Nasir.
Anzalna Nasir Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir Berita Harian
Pihak Neelofa turut berkata jika Anzalna Nasir gagal memenuhi tuntutan dalam notis tersebut dalam tempoh 7 hari, mereka akan meminta satu permohonan maaf secara terbuka.
Dan, tindakan saman juga merupakan satu kemungkinan yang di’lihat oleh peguam Neelofa. Anzalna Nasir bercakap sebagai maklumbalas kepada tindakan Neelofa.
“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”
“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya,” ujar Anzalna Nasir yang di’temui awal malam ini.
“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.”
“Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang di’tuntut,” tambah Anzalna Nasir sebagai penamat bicara.


Responses

0 Respones to "Anzalna Nasir Lantik Peguam, Salahkan Wartawan Zubir Berita Harian"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com