Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012 Dan Tarikh Kemasukan




Berikut adalah yuran pengajian pendaftaran Matrikulasi 2012. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tempat dalam kursus pengajian pra universiti Matrikulasi.
Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012
Yuran Pendaftaran
Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains :RM 550.00 RM 550.00 (tahun pertama)RM 290.00 (tahun kedua)
Perakaunan :RM 480.00
Teknikal :RM 550.00
Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada :
28 Mei 2012 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di semenanjung Malaysia
21 Mei 2012 di Kolej Matrikulasi Labuan
Penangguhan pengajian
Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Denda Jika Berhenti Matrikulasi:
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
a) Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
b) Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara).
c) Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM.
d) Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
e) Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
f) Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara.
g) Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
h) Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
i) Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.
Selamat mendaftar kepada semua pelajar baru Matrikulasi sesi 2012




Responses

0 Respones to "Yuran Pendaftaran Matrikulasi 2012 Dan Tarikh Kemasukan"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com