Piala Axiata: Malaysia Tigers Kalah 0-3 Di Tangan Indonesia Garuda




PETALING JAYA: Skuad badminton Malaysia Tigers kecundang lagi dengan Indonesia Garuda apabila ditundukkan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Badminton Cheras di Kuala Lumpur, Ahad.
Pemain perseorangan negara, Daren Liew gagal mengutip mata pertama buat Malaysia Tiger selepas ditewaskan oleh Simon Santoso dari Indonesia Garuda 11-21, 14-21.
Beregu Malaysia Tigers, Goh V Shem dan Lim Kim Wah juga ditundukkan oleh gandingan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dengan 22-24 dan 20-22.
Kecundangnya perseorangan kedua Mohamad Arif Abdul Latif di tangan Taufik Hidayat dengan 10-21, 7-21 sekali gus skuad negara gagal merangkul sebarang mata.
Malaysia Tigers pada Jumaat kalah 2-1 kepada Indonesia Garuda dalam saingan pertama separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata di Britama Arena Sports Mall di Jakarta.


Responses

0 Respones to "Piala Axiata: Malaysia Tigers Kalah 0-3 Di Tangan Indonesia Garuda"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com