Pelajar Eropah diculik depan sekolah, Mont Kiara




KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Belanda tidak keruan apabila anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun hilang dilarikan dua lelaki di depan Mont Kiara International School di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, Nayati Shamelin Moodliar (gambar kecil), 12, anak sulung daripada dua beradik, berjalan kaki seorang diri dari rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari sekolah.
Belum sempat mangsa melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, seorang saksi melihat mangsa ditarik oleh dua lelaki berketurunan India masuk ke dalam kereta Proton Gen2 warna hitam bernombor pendaftaran WNH 1356.
Saksi itu mendakwa, kereta itu menunggu mangsa di satu selekoh yang jaraknya hanya 50 meter dari pintu pagar sekolah.
Bagi menyelamatkan diri, Nayati yang merupakan pelajar pintar melemparkan beberapa keping kertas bagi menarik perhatian orang awam.


Responses

0 Respones to "Pelajar Eropah diculik depan sekolah, Mont Kiara"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com