Lynas Tetap Akan Beroperasi, Dijamin Selamat





NOYREZ menunjukkan kadar radiasi nadir bumi kilang Lynas di Kuantan iaitu 0.119 mikro-Sievert sejam yang lebih rendah berbanding kadar radiasi garam masakan iaitu 0.700 mikro-Sievert sejam.


KUANTAN - Lynas Corporation Ltd. berhasrat memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung operasinya yang mematuhi semua peraturan tempatan dan piawaian antarabangsa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Ltd., Eric Noyrez berkata, adalah penting syarikat itu memberi semua butiran kepada PSC bagi mengetepikan maklumat mengelirukan berhubung Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) yang akan siap dan sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu.
"Kami tidak mempunyai niat untuk membuang sisa kerana melihatnya mempunyai nilai dan telah membangunkan teknologi untuk menjadikan ia barang yang boleh dijual.
"Semua ini dilakukan pada skala percubaan dan makmal, menggunakan antara 100 dan 200 tan bahan mentah," katanya kepada wartawan pada sesi taklimat dan lawatan ke tapak LAMP di sini semalam


Responses

0 Respones to "Lynas Tetap Akan Beroperasi, Dijamin Selamat"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com