Laporan Polis Bukti Dira (Melodi) Terlibat Pergaduhan Di Pub




Sebelum ini, seorang pengacara tv wanita popular dilaporkan memijak muka mangsa dengan kasut tumit tinggi. Ramai yang beranggapan pengacara tv yang dimaksudkan adalah Dira Abu Zahar, namun beliau sekeras-kerasnya menafikannya. Namun, laporan polis yang dibuat oleh mangsa membuktikan bahawa Dira pengacara Melodi terlibat dalam kes ini.


Keterangan mangsa menerusi laporan ini menyebut kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 1 April 2012 yang lalu & mangsa turut menyebut nama & identiti selebriti itu selain menyebut program yang di’kendalikan pengacara tersebut saban minggu.
Melalui media 24 jam yang lalu, pengacara yang di’kaitkan dengan insiden ini memberikan kenyataan menafikan sebarang penglibatan. Laporan polis yang kami terima ini menggambarkan situasi sebalik’nya.


Responses

0 Respones to "Laporan Polis Bukti Dira (Melodi) Terlibat Pergaduhan Di Pub"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com