Lagu Julia Perez diharamkan 'Belah Duren' dan 'Paling Suka 69'




Lagu Julia Perez diharamkan
Lagu nyanyian penyanyi sensasi Julia Perez (Jupe) iaitu 'Belah Duren' dan 'Paling Suka 69' telah diharamkan untuk disiarkan oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Larangan tersebut dibuat kerana didapati lirik lagu tersebut mengandungi elemen berunsur lucah.
Menurut laporan yang dipetik dari detikHot, bukan sahaja lagu Jupe sahaja yang diharamkan, malah terdapat tiga buah lagu dangdut lain didapati liriknya mengandungi unsur lucah. Lagu tersebut adalah 'Cinta Satu Malam' nyanyian Melinda, 'Pengen Dibolongi' oleh Aan Annisha dan 'Mobil Bergoyang' dinyanyikan Lia MJ feat Asep Rumpi.
Perkara ini telah dijelaskan oleh Wakil Ketua Suruhanjaya, Ezki Suyanto kepada media di Hotel JW Marriot Surabaya pada Ahad lepas.
"Kelima- lima lagu tersebut dengan rasminya kita akan haramkan pada 2011 setelah mendalami dan memahami lirik dan judul lagunya," katanya.
Ezki mejelaskan bahawa pihaknya hanya melakukan pengharaman kepada judul lagu sahaja dan bukan kepada penyanyi yang menyanyi lagu itu.
"Yang kita haramkan hanya judul lagunya saja. Tapi kami akan memberi peringatan kepada stesen-stesen televisyen dan radio yang menayangkan agar lebih berhati-hati," tegasnya.


Responses

0 Respones to "Lagu Julia Perez diharamkan 'Belah Duren' dan 'Paling Suka 69'"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com