(3 Gambar) Sri Wani Choo Abdullah Sah Wanita Sejati




Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.



Jantina Sri Wani Perempuan

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.




Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.


Responses

0 Respones to "(3 Gambar) Sri Wani Choo Abdullah Sah Wanita Sejati"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com