Azza Elite jahil agama, tidak menutup aurat ketika nikah di masjid




PADA 1 April lalu, Noor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza, telah melangsungkan pernikahan bersama kekasih yang dikenali hampir dua tahun lalu, Azlan Zulaily yang juga seorang pramugara syarikat penerbangan tempatan.
Masih terang warna inai di jari, namun sudah ada kata-kata kurang enak tentang cara pemakaian selendang Azza pada majlis pernikahannya yang berlangsung dalam Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu.
Kemanisan mengecapi bahtera perkahwinan tercalar sedikit ekoran tuduhan terhadap diri Azza yang ditohmah sebagai seorang yang jahil tentang ilmu agama kerana tidak menutup aurat ketika berada di dalam pekarangan masjid untuk majlis akad nikahnya itu.
Sebagai seorang Islam, sememangnya agak keras tuduhan jahil tentang hukum agama yang dilemparkan terhadap bekas anggota kumpulan Elite itu.
Azza berkata: "Azza faham ia menyentuh sensiviti masyarakat, jadi Azza ingin meminta maaf secara terbuka jika selendang yang Azza pakai itu menjadi isu. Azza akui sangat sedih dan tidak tahu mahu berkata apa.
"Tapi tidak mengapa kerana dalam dunia ini tidak semua orang suka kita. Saya terima dengan sabar. Biarlah mereka mahu berkata, kerana apa yang penting kejadian ini akan membuatkan Azza lebih berhati-hati pada masa akan datang."
Namun begitu, Azza bersyukur kerana ada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong karier dan dirinya walau apa pun yang terjadi.
Menyingkap sejarah sebelum Azza, 34, dan Azlan, 25, bersatu sebagai suami isteri, ujar Azza, lebih setahun lalu, dia berkenalan dengan Azlan di Mydin Mall, USJ, Subang, Kuala Lumpur semasa membuat persembahan. Sejak dari itu, telah bersemai bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.
Sempena perkahwinannya itu, Azza menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM10,000.
Selain itu, Azza menerima sembilan dulang hantaran daripada pengantin lelaki, antaranya dua bentuk cincin, set wangian, al-Quran dan sejadah serta buah-buahan manakala pihak lelaki pula menerima 11 dulang hantaran yang berupa set wangian, set persalinan, set dompet dan sebagainya.
Mungkin terlalu gementar, hanya selepas tiga kali lafaz, Azza sah bergelar isteri kepada Azlan tepat pukul 5.27 petang itu yang dinikahkan oleh jurunikah, Abdul Hakim Abdul Rahman.
"Semestinya dalam diri saya ini memang wujud perasaan penuh tanggungjawab setelah bergelar suami selain gemuruh dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur-baur," ulas Azlan yang tidak kisah dengan perbezaan umur antara dirinya dan Azza.
Tambahnya: "Sebab apa saya memilih Azza untuk dijadikan teman hidup ialah kerana dari segi karakternya sendiri. Dia seorang yang kelakar dan dia juga seorang yang penyayang. Anaknya, Marissa juga saya telah anggap seperti anak saya sendiri.
Berbicara mengenai perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga, mereka berdua sepakat belum lagi mempunyai perancangan untuk berbuat demikian. Namun, andai kata rezeki daripada Tuhan diberi lebih awal, Azza dan Azlan bersyukur dengan pemberian tersebut.



Responses

2 Respones to "Azza Elite jahil agama, tidak menutup aurat ketika nikah di masjid"

Anonymous said...

maybe she didnt wear tudung, but i think it's too much for someone to accuse her for being jahil. Plus it's her own wedding and her husband still loves her. I just dont get it, why some people just like to be such a busy body? Dont they have other things to do?

Azza, im not ur fan, but congrats on ur wedding. You look lovely. Dont give a damn about what other people say about u, they just have nothing to do. I bet these people think they are alim or whatever, but they dont realize they are just mengada ngada tunjuk alim. I hope u have a blissful marriage!


April 9, 2012 at 8:40 AM
mmm said...

dear anonymous (above)

'Jahil' means 'tidak tahu'.
so i dont think penggunaan azza jahil tentang perkara tu salah. azza x pakai tudung dalam masjid kerana azza x tahu/jahil. Perkataan jahil tu bukan tohmahan. It suits the situation.


April 9, 2012 at 6:51 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com