Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri




Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
Nasib malang menimpa Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi apabila dirinya dimaki oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu bersarapan di sebuah kedai.

Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laporan media sebelum ini.

"Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.
"Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut. Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).
"Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti," katanya.

Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak mahu perkara lain berbangkit.
"Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.
"Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran berkenaan juga buat tidak tahu saja," ujarnya.

Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.
1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.
2. Insurans untuk golongan artis.
3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.


Responses

0 Respones to "Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com