Vanilla Coklat Menaikkan Populariti Izara Aishah





USIANYA baru menjengah angka 20 tahun tetapi populariti yang dikecapi oleh Izara Aishah cukup hebat sejak kebelakangan ini. Semuanya gara-gara drama bersiri drama Vanilla Coklat yang sedang bersiaran di kaca televisyen ketika ini.


Semanis orangnya, cukup hebat watak yang dibawa oleh Izara dalam drama yang menggandingkan dirinya dengan Aiman Hakim Ridza. Apatah lagi mereka sama-sama baru, segala-galanya cukup indah buat mereka berdua.

Menariknya nama Izara naik mendadak dek keberkesanan lakonannya. Ramai yang mula buka mata terhadap gadis manis ini yang hadir dengan bakat untuk terus bersaing dan memahat nama ke tempat tertinggi.
Bagi yang belum mengenali Izara, namanya mula popular sejak berlakon dalam drama bersiri Soffiya. Dengan membawa watak antogonis dalam drama itu, ramai yang mula mengenalinya.


Responses

0 Respones to "Vanilla Coklat Menaikkan Populariti Izara Aishah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com